Pendidikan  Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai  keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas,  teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan  kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar  professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses  pembelajaran.
“………  Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1)  dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri  saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5)  dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan  sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau  perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang  sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak  yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai  pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah  sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
………  Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi  keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang  upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran  yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
- Sekolah Khas
- Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
- Pemulihan Khas
- Program Disleksia
- Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak  yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi  masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
- Masalah Pembelajaran
- Masalah Pendengaran
- Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan  Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan  insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu  merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri  sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan  produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kejayaan orang-orang istimewa
Setiap  orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang  pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing.  Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan  menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan  kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin  anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi  pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya  apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai  sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus  asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak  sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan  gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi  mengikut minat masing-masing.
Meskipun  golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa  seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua  bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang  sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah  membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang  lain malah kadangkala lebih baik lagi!
-from ppdlms-